KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan bagi menangani isu kelewatan surat jaminan serta pertikaian bayaran tuntutan insurans perubatan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jawatankuasa itu berperanan menyelaras amalan operasi antara hospital, pengendali takaful dan syarikat insurans bagi memastikan proses tuntutan lebih cepat, telus dan berkesan. “Jawatankuasa ini akan menjadi platform untuk memperhalusi isu berkaitan pelaksanaan polisi insurans…










