PETALING JAYA: Muslim Friendly Watch (MFW) mengumumkan pembubaran serta-merta dan menghentikan semua operasi organisasi serta sistem berkaitan susulan arahan pihak berkuasa berhubung isu penggunaan label Muslim Choice. MFW berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil maklum teguran dan ketetapan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan kekeliruan yang timbul dalam masyarakat. “Langkah ini diambil sebagai tanda menghormati kepada pihak berkuasa agama…










