'Muslim Choice': MFW mohon maaf, akur arahan Jakim

‘Muslim Choice’: MFW mohon maaf, akur arahan Jakim

halal
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) memohon maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam berhubung kekeliruan penggunaan istilah ‘Muslim Choice’.

Presidennya, Noorman Kamsani berkata, istilah itu bukanlah badan pensijilan atau label pengiktirafan, sebaliknya satu platform dalaman bagi menyimpan dan mengurus data ahli korporat MFW.

“Logo dan nama sistem tersebut hanyalah identiti dalaman dan tidak pernah diberikan kebenaran untuk digunakan oleh mana-mana ahli, syarikat atau produk.

“Kami kesal atas kekeliruan yang berlaku dan memohon maaf atas sebarang kegusaran yang timbul,” katanya satu kenyataan.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menegaskan, penggunaan istilah `Muslim Choice’ oleh MFW, bukan satu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, penggunaan istilah itu juga boleh mengelirukan pengguna Muslim tentang status halal sesuatu produk atau premis.

Sehubungan itu, MFW telah mengambil maklum dengan menghentikan penggunaan sistem tersebut serta-merta dan menilai semula tatakelola organisasi sebagai tanda akur sepenuhnya kepada garis panduan Jakim.

Dalam pada itu, Noorman turut meminta semua pihak agar menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat dan spekulasi di media sosial berhubung MFW yang boleh menjejaskan reputasi organisasi berkenaan.

“Langkah ini bukan untuk menentang mana-mana pihak, tetapi demi mempertahankan kebenaran dan integriti organisasi. Kami percaya kejujuran, ilmu dan integriti adalah asas perjuangan halal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN