PETALING JAYA: Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan unjuran pencapaian 49 peratus menjelang 2030 iaitu jauh mengatasi purata global yang hanya 18 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian tersebut menunjukkan kedudukan Malaysia sebagai antara negara paling progresif dalam agenda pembangunan mampan, namun masih banyak cabaran yang memerlukan perhatian segera kerajaan serta kerjasama seluruh pemegang taruh. “Alhamdulillah, Mesyuarat Majlis SDG Negara pagi ini…










