Lelaki serang wartawan sukan ditahan

Lelaki serang wartawan sukan ditahan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas menyerang seorang wartawan sukan di Bangsar, di sini semalam.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook.

Katanya, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Taman Ikan Emas di sini.

“Suspek telah direman tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wartawan sukan, Haresh Deol diserang dua individu.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat oleh Haresh di Pondok Polis Bangsar.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN