Lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok kekang penyeludupan musim banjir

Lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok kekang penyeludupan musim banjir

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) semasa melakukan lawatan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis akan membuat lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan sepanjang musim banjir.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan yang menjadi ‘titik panas’ kepada aktivit tersebut.

Katanya, kawalan di sempadan negara sentiasa diperketatkan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Ops Merpati.

“Penyeludup ini, kalau boleh hendak sepanjang tahun banjir kerana situasi itu memudahkan mereka untuk menjalankan kegiatan tersebut.

“Bagaimanapun, polis tidak mengambil mudah perkara itu dan kawalan sempadan sentiasa dipertetakan tidak kira masa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli di sini hari ini.

Mohd. Yusoff turut mengingatkan penduduk sempadan supaya tidak mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti rentas sempadan secara haram sepanjang musim banjir.

Katanya, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan mengikut undang-undang sedia ada.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN