KUALA TERENGGANU: Malaysia wajar mempertimbang penggunaan kaedah elektrokinetik (EKM) untuk melaksanakan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) jika ia terbukti paling selamat dan lestari. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, negara ini perlu mengambil langkah paling praktikal untuk membangunkan industri berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM800 bilion memandangkan sumbernya banyak berada di kawasan HSK. Katanya, projek…










