PETALING JAYA: Lebih 10,000 klinik swasta di seluruh negara bakal berdepan masalah untuk meneruskan kelangsungan perkhidmatannya apabila kos operasinya meningkat antara 80 hingga 120 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan. Bagi memastikan sebuah klinik swasta terus beroperasi antara kos utama dihadapi pengusaha adalah bayaran gaji kakitangan, utiliti, sewa premis, insurans indemniti dan pematuhan terhadap semua regulatori diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM). Lebih mendukacitakan pihak berkenaan, apabila Belanjawan 2026 hanya menekankan peningkatan kadar…










