SEPANG: Kesilapan asas kontraktor ketika kerja-kerja pemulihan bumbung dikenal pasti sebagai punca utama kejadian kebocoran air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Menurut Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), siasatan mendapati kontraktor terlibat gagal mengalihkan papan lapis yang digunakan bagi menutup titik saliran di bumbung ketika kerja-kerja penutupan dilakukan. Katanya, kegagalan itu berlaku sewaktu mereka tergesa-gesa mengosongkan kawasan bumbung selepas berlaku kilat dan kerja dihentikan mengikut protokol…










