Kes jenayah kemanusiaan Sheikh Hasina dijangka akhir November

Kes jenayah kemanusiaan Sheikh Hasina dijangka akhir November

SHEIKH HASINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Bangladesh dijangka mengetahui keputusan perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, pada akhir bulan ini.

Kekeliruan timbul mengenai tarikh keputusan selepas perbicaraan berakhir bulan lalu, apabila satu sidang ditetapkan pada 13 November.

Namun, sidang pada Khamis hanya bertujuan ‘mengumumkan tarikh keputusan’, kata Pendakwa raya Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh, Gazi Monowar Hossain Tamim.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, mahkamah mungkin mengambil masa satu minggu lagi untuk mengeluarkan keputusan.

“Kami ingin menjelaskan mahkamah dijadualkan menetapkan tarikh keputusan pada 13 November,” katanya.

Bangladesh berada dalam kekacauan politik sejak pemberontakan berdarah menumbangkan kerajaan autokratik Hasina pada Ogos 2024.

Keganasan terus mewarnai perjalanan kempen menjelang pilihan raya yang dijangka pada Februari 2026.

Hasina, 78, enggan mematuhi perintah mahkamah untuk kembali dari India bagi menghadiri perbicaraan beliau atas tuduhan mengarahkan tindakan keras maut dalam cubaan gagal menumpaskan pemberontakan yang dipimpin pelajar.

Perbicaraan tanpa kehadirannya, yang bermula pada 1 Jun, mendengar beberapa bulan keterangan yang mendakwa beliau mengarahkan pembunuhan beramai-ramai.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga 1,400 orang terbunuh antara Julai dan Ogos 2024.

Pendakwa mengemukakan lima pertuduhan, termasuk kegagalan mencegah pembunuhan, yang diklasifikasikan sebagai jenayah kemanusiaan di bawah undang-undang Bangladesh.

Mereka menuntut hukuman mati sekiranya beliau disabitkan kesalahan.

Hasina menafikan semua pertuduhan dan menggelarkan perbicaraannya sebagai ‘jenaka perundangan’.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN