Kereta dinaiki lelaki dihanyutkan arus deras di Sg. Klang ditemukan

Kereta dinaiki lelaki dihanyutkan arus deras di Sg. Klang ditemukan

KENDERAAN pacuan empat roda yang dihanyutkan bersama mangsa berjaya ditemukan kira kira 200 meter dari pusat operasi mencari dan menyelamat di sini pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki seorang lelaki yang hilang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini kelmarin ditemukan pagi ini.

Kenderaan itu ditemukan kira-kira 200 meter dari pusat operasi selepas sejam operasi dan menyelamat diteruskan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Susulan penemuan tersebut, kren milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkat keluar kenderaan yang dihanyutkan itu.

Menurut sumber operasi, proses mengalihkan kenderaan itu sedang dilakukan bagi membantu siasatan lanjut dan memberi petunjuk kepada lokasi mangsa.

Kelmarin media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki dihanyutkan arus deras secara tiba-tiba ketika sekumpulan 13 pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan itu. Daripada jumlah itu, 12 pekerja berjaya diselamatkan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN