Kejohanan Amatur Saujana sengit, 3 pemain kongsi tempat teratas

Kejohanan Amatur Saujana makin sengit, tiga pemain kongsi tempat teratas

KIM Minsu (kiri) dan Josiah Edward bangkit berkongsi kedudukan teratas pada hari kedua pada Kejohanan Amatur Saujana (SAC) di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persaingan merebut takhta juara dalam Kejohanan Amatur Saujana (SAC) semakin sengit menjelang hari kedua di Saujana Golf & Country Club, Subang, di sini hari ini.

Pendahulu carta hari pertama kejohanan itu, An Haecheon gagal menambah matanya selepas sekadar mencatatkan par (72) di Palm Course.

Catatan daripada pemain dari Korea Selatan itu membuka ruang kepada Kim Minsu dan pemain Australia, Josiah Edward untuk bangkit serta berkongsi kedudukan teratas di dalam SAC.

Minsu memulakan persaingan hari keduanya dengan empat pukulan di belakang Haecheon dan tampil cemerlang dengan enam birdie dan dua bogey untuk mencatat par di bawah (68).

Enam lubang pertama menyaksikan Minsu menyamakan kedudukan apabila Haecheon melakukan bogey di lubang 3 dan 5 sementara beliau mencatat empat birdie.

Malah, pada pusingan pertama sembilan lubang, Minsu mencatat 34 mata berbanding 38 mata oleh Haecheon. 

Kedua-duanya bermain 34 mata pada sembilan lubang terakhir, mengekalkan kedudukan seimbang sehingga tamat.

Sementara itu, Edwards berjaya melonjak kedudukannya ke atas selepas catatan stabil dua di bawah par (70) melalui empat birdie dan dua bogey. 

Beliau yang bermula dua pukulan di belakang Haecheon selepas mencatat 69 mata pada hari pertama kini berkongsi jumlah keseluruhan 139 mata bersama dua pemain Korea Selatan tersebut menjelang hari terakhir.

Hanya dua pukulan di belakang ialah pemain negara, Aiden Kei Ahmad Shaharuddin yang mengumpul 141 mata dan diikuti Andrew Yap dengan 142 mata.

Bagaimanapun, tiga pemain yang berada empat pukulan di belakang pendahulu juga berpotensi mencipta kejutan iaitu Park Jaemin dari Korea Selatan,  Siwakorn Krangkrai dari Thailand, serta juara PGM, Anson Yeo.

Penyandang juara, Daichi Hayashi pula ketinggalan dengan catatan 146.

Kejohanan tiga hari yang ditaja Bermaz Auto turut menawarkan sebuah Mazda CX-30 bagi peserta yang berjaya melakukan Hole-in-One di lubang par 3 ke-5 Palm Course pada hari pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN