Pemain Korea Selatan mendahului di Kejohanan Amatur Saujana ke-34

Pemain Korea Selatan mendahului di Kejohanan Amatur Saujana ke-34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf dari Korea Selatan, An Haecheon kini mendahului di dalam carta kedudukan hari pertama Kejohanan Amatur Saujana ke-34 semalam.

Haecheon berjaya menampilkan lima birdie di dalam sembilan lubang pertama dan diikuti permainan mantap di sembilan lubang terakhir.

Pemain muda itu juga berjaya melakukan bogey di permulaan pusingan dan di lubang par-5 (13) sekali gus meletakkan di hadapan dengan kelebihan dua pukulan menjelang hari kedua kejohanan tersebut.

Sementara pemain Australia, Josiah Edwards turut memulakan permainan dengan baik apabila berjaya melakukan empat birdie di sembilan lubang pertama.

Josiah berjaya meletakkan dirinya di tempat kedua selepas berjaya melakukan birdie di lubang terakhir (18) sekali gus membawanya kembali kepada catatan 3- di bawah par (69).

Dalam kejohanan sama Daichi Hayashi yang merupakan juara bertahan pula mencatat (71) dan berkongsi tempat ketiga bersama enam pemain lain iaitu Siwakorn Kriangkrai, Anson Yeo, Aiden Kei, Jonas Lind, Ezekiel Riz Suzearitz dan Kim Minsu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×