Giliran Jeeno dahului Jelajah LPGA

Giliran Jeeno dahului Jelajah LPGA

Jeeno Thitikul mendahului hari kedua Kejuaraan Jelajah LPGA apabila menamatkan saingan kelmarin dengan sembilan bawah par 63 untuk membuka jurang tiga pukulan menjelang hujung minggu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pemain nombor satu dunia dari Thailand, Jeeno Thitikul melonjak naik di papan pendahulu pada Kejuaraan Jelajah LPGA apabila menamatkan saingan kelmarin dengan sembilan bawah par 63 untuk membuka jurang tiga pukulan menjelang hujung minggu.

Jeeno yang juga juara bertahan melakukan sembilan birdie dan sembilan par dalam pusingan kedua di Kelab Golf Tiburon di Naples, Florida untuk naik 14 bawah par pada pertengahan kejohanan.

Bintang Asia berusia 22 tahun itu menyasarkan untuk memenangi kejohanan paling bernilai dalam golf wanita untuk tahun kedua berturut-turut, dengan pemenang menerima hadiah utama AS$ 4 juta (RM16.6 juta).

Jeeno mendahului dengan tiga pukulan daripada Kim Sei-young dari Korea Selatan yang melakukan enam di bawah par 66 kelmarin, sekali gus kekal dalam perebutan dengan catatan keseluruhan 11 bawah par.

Nasa Hataoka dari Jepun dan Lee So-mi dari Korea Selatan pula satu pukulan di belakang dengan 10 bawah par.

Hataoka mencatatkan pusingan kedua berturut-turut lima di bawah par 67 manakala pendahulu pusingan pertama Lee terpaksa berpuas hati dengan dua bawah par 70, sehari selepas catatan pembukaan 64.

Bekas pemain nombor satu dunia, Nelly Korda berada dalam kumpulan empat pemain yang terikat di tempat kelima dengan sembilan di bawah par. Korda, yang bergelut dengan 71 Khamis lalu, kembali bersaing selepas melakukan lapan bawah par 64 pada pusingan kedua.

Korda berkata, beberapa pelarasan kecil pada permainan putting menjadi faktor pembeza dalam pusingan yang merangkumi sembilan birdie.

“Saya rasa semalam saya cuma tersasar beberapa sentimeter,” kata Korda mengenai prestasinya,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN