TELUK INTAN: “Tahun lepas dan tahun ini saja, tujuh ekor lembu saya mati kena langgar. Apabila jadi macam itu, siapa nak tanggung? Kalau mengaku itu haiwan kami, takut pula kena saman.” Itu pengakuan seorang penternak lembu di Langkap dekat sini yang mengaku, melepaskan ternakannya untuk mencari makanan di kawasan hutan hingga ada yang memasuki jalan raya dan terbabit dalam kemalangan. Menurutnya, dia memiliki 46 ekor lembu yang dilepaskan setiap pagi…










