Hat Yai dilanda banjir, paras air capai tahap kritikal

Hat Yai dilanda banjir, paras air capai tahap kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATYAI: Hujan berterusan menyebabkan banjir buruk melanda daerah Hat Yai di wilayah sempadan selatan Songkhla pada Sabtu.

Paras air di pusat bandar mencapai tahap kritikal pada Jumaat, sekali gus menjejaskan pergerakan dan menyukarkan perjalanan harian orang ramai.

Beberapa kawasan di pusat Hat Yai antara yang paling terjejas, termasuk Jalan Khlong Rian 2, Jalan Rat Uthit, Jalan Phetkasem berhampiran persimpangan Kho Hong serta Jalan Kanjanavanich berhampiran Sekolah Orang Pekak Songkhla.

Air turut melimpah masuk ke Pasar Kim Yong, kawasan ekonomi utama di daerah itu, memaksa peniaga memindahkan barangan mereka ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan kerosakan.

Datuk Bandar Hat Yai, Narongporn Na Phatthalung memaklumkan, jumlah hujan terkumpul sepanjang tiga hari lalu mencecah 595 milimeter (mm), dengan hujan lebat berterusan di Lembangan Sungai U-tapao yang turut menjejaskan lembangan kecil dan terusan lain.

Beberapa kawasan sudah mencapai kapasiti maksimum, menyebabkan limpahan air ke kawasan penempatan.

Pihak berkuasa bandar memberi amaran kepada penduduk di 103 komuniti supaya memindahkan barangan dan bersiap sedia terhadap kemungkinan pemindahan ekoran banjir yang semakin buruk.

Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana turut memberi amaran mengenai risiko banjir dan tanah runtuh di Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala, Trang dan Satun.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN