PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang kepada lima negeri di Semenanjung Malaysia sehingga pukul 9 malam ini.
Antara kawasan terlibat termasuk Perak di Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.-UTUSAN










