Gerai mercun terbakar: Tiga ditahan bantu siasatan

Gerai mercun terbakar: Tiga ditahan bantu siasatan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL :Tiga warga tempatan termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran gerai menjual mercun dan bunga api, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, ketiga-tiga suspek juga telah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kecuaian melibatkan bahan letupan.

“Ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi peraturan keselamatan dalam pengendalian bahan mudah terbakar khususnya di musim perayaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Jay, selain gerai menjual mercun, turut mengalami kerosakan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu ialah sebuah motosikal, dua buah kereta serta premis berhampiran yang melibatkan sebuah restoran dan sebuah kediaman.

Terdahulu, rakaman video mengenai kejadian itu juga tular di media sosial apabila pelanggan yang berada di sebuah restoran berhampiran bertempiaran lari bagi mengelak daripada terkena percikan api yang memasuki restoran berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN