Hantaran media sosial Nabila Huda untuk siapa? - Utusan Malaysia

Hantaran media sosial Nabila Huda untuk siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Mungkin saya ini tidak penting buat anda.”

Demikian luahan pelakon, Nabila Huda di media sosial yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.

Nabila yang mesra disapa sebagai Abil, menerusi satu hantaran di Instagram, seolah-olah memberi bayangan mengenai kesedihan yang dipendamnya terhadap masalah membabitkan keluarga yang belum mencapai titik noktah.

“Bagaimanapun anda hidup setiap hari tanpa memulihkan ‘kerosakkan’ yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.

“Anda teruskan kehidupan tanpa merasakan yang anda kehilangan sesuatu. Dan tak ada usaha untuk mendapatkannya semula, tiada satu pun.

“Bagaimana anda boleh tidur dengan tenang sedangkan anda sentiasa memikirkan tentangnya.

“Dan yang amat menyedihkan, mungkin saya ini tidak penting buat anda,” kongsinya.

Perkongsian pelakon hebat itu mencuri tumpuan ramai termasuk rakan artis yang tidak putus memberi semangat dan berdoa agar urusannya dipermudahkan Tuhan.

“Peluk untuk @kupu-kupu, saya dapat bayangkan kesakitan anda,” tulis pelakon Tiara Jacquelina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN