SEPANGGAR: Isu hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilihat terus menjadi modal kempen setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan pelaksanaan penuh terhadap perjanjian itu masih belum direalisasikan walaupun sudah lebih 60 tahun. Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, polemik tersebut tidak akan timbul sekiranya semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan menunaikan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam MA63. Menurutnya, keadaan itu akhirnya…










