SHAH ALAM: Konsep perusahaan sosial Fleximart dijangka mampu membuka peluang baharu kepada belia untuk menjana pendapatan dan belajar mengurus perniagaan sendiri. Malah ia menggunakan model perniagaan menawarkan harga minuman dan makanan siap di bawah RM5 yang dijangka menurunkan kos sara hidup melalui penawaran harga sedemikian. Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, model perniagaan itu diperkenalkan bagi menangani tiga isu utama dalam masyarakat iaitu halangan tinggi untuk memulakan perniagaan,…










