MELAKA: Kejadian buaya tembaga mendarat di laluan motosikal di Pintu Air Sungai Duyong dekat Kampung Hang Tuah di sini malam kelmarin bukan kejadian pertama berlaku. Penjaga Pintu Air Sungai Duyong, Norsyam Ibrahim, 42, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam selepas hujan berhenti sudah kerap dilihat di sepanjang sungai berkenaan. Menurutnya, pada malam Sabtu lalu spesies yang sama juga turut dilihat di lokasi yang sama. Katanya, sewaktu kejadian dia…










