Dharma Harun pernah kemurungan kerana tiada pekerjaan

Dharma Harun pernah kemurungan kerana tiada pekerjaan

MUHAMMAD Al Syafiq mengetuai solat jenazah bapanya, Allahyarham Dharma Harun di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Kuala Lumpur semalam.-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Noor Kumalasari, 69, mendedahkan Allahyarham Dharma Harun Al-Rashid sebelum ini pernah mengalami kemurungan ke­rana ketiadaan tawaran berlakon.

Katanya, kemurungan yang dihadapi arwah meng­akibatkannya sering meng­asingkan diri, menolak ber­jumpa adik beradik serta kerap berkurung di rumah.

“Arwah seorang yang suka bekerja, dia suka berada di set penggambaran. Jadi, ada satu tempoh itu dia hadapi kemurungan kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh keluarganya.

“Jadi saya nasihatkan ar­wah agar rajinkan diri pergi ke set penggambaran, hulurkan pertolongan walaupun dia tidak bekerja.

“Sekurang-kurangnya de­ngan cara itu dia dapat atasi masalah kemurungannya yang semakin memburuk kerana kerap berada di rumah.

“Alhamdulillah selepas itu, satu persatu tawaran berlakon diterimanya,” katanya yang hadir pada majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh semalam.

Allahyarham Dharma meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, kira-kira pukul 9.10 malam kelmarin. Berita duka itu dikongsi anak kedua arwah melalui satu hantaran di Instagram. Jenazahnya selamat dikebumikan pukul 12.30 tengah hari semalam.

Noor Kumalasari dalam pada itu menyifatkan pe­mergian Dharma sebagai kehilangan besar dalam dunia perfileman tanah air.

“Saya anggap arwah sahabat karib, walaupun kami tak mesra seperti zaman 80-an dulu, kami ini boleh dikatakan rakan industri yang rapat.

“Saya sedih kerana Allah­yarham ini berbakat. Dia ada bakat mengarah dan berlakon. jadi memang kita kehilangan sebutir lagi permata seni. Allah lebih sa­yangkan dia,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×