KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Noor Kumalasari, 69, mendedahkan Allahyarham Dharma Harun Al-Rashid sebelum ini pernah mengalami kemurungan kerana ketiadaan tawaran berlakon. Katanya, kemurungan yang dihadapi arwah mengakibatkannya sering mengasingkan diri, menolak berjumpa adik beradik serta kerap berkurung di rumah. “Arwah seorang yang suka bekerja, dia suka berada di set penggambaran. Jadi, ada satu tempoh itu dia hadapi kemurungan kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh…










