Chegubard lepas, bebas tuduhan fitnah Agong

Chegubard lepas, bebas tuduhan fitnah Agong

BADRUL Hisham Shaharin (dua dari kanan) bersama peguamnya, Muhammad Rafique (dua dari kiri) ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin,47, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim, Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan hujahan daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah. Justeru, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Chegubard diwakili peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 16 Mei lalu, seramai empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan termasuk seorang pengadu dari Istana Negara, dua pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pegawai penyiasat kes.

Berdasarkan pertuduhan, Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, pada pukul 6 petang pada 22 Januari lalu.

Kes tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN