Budaya buli adalah jenayah, perlu dibendung

Budaya buli adalah jenayah, perlu dibendung

MOHD. AZANI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menggesa semua pihak memainkan peranan dalam membanteras budaya buli kerana ia bukan sahaja satu bentuk keganasan malah boleh dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, fenomena buli bukan hanya melibatkan kekerasan fizikal malah turut berkembang dalam bentuk buli siber.

Katanya, perkara berkenaan boleh berlaku pada bila-bila masa dan meninggalkan kesan psikologi jangka panjang kepada mangsa.

“Isu buli berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan penghayatan nilai agama, kurangnya perhatian ibu bapa dan pengaruh media sosial serta rakan sebaya.

“Justeru, peranan guru dan pelajar amat penting sebagai benteng pertama dalam menangani sebarang bentuk pengaruh negatif yang boleh menggugat keselamatan serta keharmonian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pencegahan Jenayah Institusi Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Menurut beliau, usaha pencegahan jenayah tidak hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang, sebaliknya perlu bermula daripada pembentukan akhlak, moral dan kefahaman agama dalam kalangan generasi muda.

“Saya menyeru orang ramai bersama-sama hentikan budaya buli kerana buli merupakan satu bentuk keganasan yang boleh dikategorikan sebagai kesalahan atau ancaman jenayah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN