Banjir landa Bachok, 47 mangsa berlindung di PPS - Utusan Malaysia

Banjir landa Bachok, 47 mangsa berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat tanpa henti sejak semalam menyebabkan seramai 47 mangsa terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka ditenggelami banjir sejak semalam.

Menurut maklumat InfoBencanaJKM setakat pukul 12 tengah hari kesemua mangsa itu sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan.

“Kesemua mangsa ini terdiri daripada 16 buah keluarga,” katanya.

Sementara itu jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, dua batang sungai di negeri ini iaitu Galas di Limau Kasturi (Gua Musang) dan Lebir di Tualang (Kuala Krai) sudah melepasi paras berjaga-jaga.

Katanya, lain-lain sungai utama di negeri ini masih normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN