Banjir HTF semakin surut, beberapa laluan di Kangar masih ditutup

Banjir HTF semakin surut, beberapa laluan di Kangar masih ditutup

KEADAAN di hadapan Blok B HTF, masih digenangi air namun dapat dilalui kenderaan di Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Situasi banjir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semakin pulih apabila paras air di sekitar kawasan fasiliti kesihatan itu menunjukkan penurunan berbanding semalam.

Namun begitu, masih terdapat beberapa lokasi sekitar kawasan hospital itu masih dinaiki air antaranya seperti Jabatan Kecemasan, laluan berhadapan Bangunan Blok B dan beberapa lagi.

Selain itu, beberapa jalan dan laluan sekitar kawasan Kangar masih lagi ditutup buat kenderaan ringan susulan terkesan dengan bencana banjir setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Laluan terlibat adalah Jalan Langar-Alor Setar (depan mahkamah lama), Jalan Kangar-Padang Besar (Petron MPK), Jalan Padang Behor-Guar Syed Alwi (Anjung Keli-Pejabat Pendidikan), Jalan Raja Syed Alwi (Taman Kemajuan), Jalan Kangar-Padang Besar (Hotel Sei Garden-Bulatan Kangar-Kastam), Jalan Kangar-Alor Setar (depan Masjid Alwi).

Terdapat juga beberapa laluan ditutup sepenuhnya setakat ini melibatkan kawasan Kangar dan Padang Besar antaranya di Jalan Abi Tok Hashim (MPK-Bank Rakyat), Jalan Kaki Bukit Wang Kelian (1.5 km dari View Point), Jalan Kangar-Padang Besar (PUSPEN), Jalan Kampung Aman, Jalan Titi Tinggi-Tasoh serta Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh.

Kadar kelajuan angin setakat pukul 12 tengah hari tadi adalah sekitar 17 kilometer sejam dan trend paras air sungai juga dilaporkan meningkat.

Dalam memudahkan penyelarasan pengurusan banjir, kerajaan negeri sebelum ini turut mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi mengkoordinasi dan memantau operasi menyelamat dalam aspek keperluan logistik, mengatur gerak pasukan penyelamat serta lain-lain keperluan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN