PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghubungi Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bagi membincangkan langkah seterusnya bagi menjayakan proses damai antara kedua-dua negara. Menurutnya, Malaysia bersedia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara utama dalam merintis jalan damai antara Kemboja dan Thailand. Katanya, Malaysia komited membantu meredakan ketegangan di kawasan perbatasan kedua-dua negara itu, sejajar dengan semangat Perjanjian Damai Kuala Lumpur…










