KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menghormati Lembaga Disiplin yang menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen Machang itu masih boleh mengemukakan rayuan kepada parti berhubung penggantungan tersebut. Katanya, semua itu terserah kepada Wan Ahmad Fayhsal sama ada mahu berbuat demikian atau sebaliknya. “Saya harap semua pihak dapat menghormati keputusan yang telah dibuat…