KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaran menjadi perintis universiti usahawan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) global di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai kursus di universiti termasuk teknikal bukan hanya memfokuskan kepada mencari pekerjaan namun perlu mewujudkan lebih ramai usahawan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara itu, para usahawan boleh mencipta pekerjaan untuk mengambil untuk graduan bekerja dalam bidang sama.…