KUALA LUMPUR: Persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berada pada tahap memuaskan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, mesyuarat peringkat pegawai tinggi kanan ASEAN telah bermula hari ini sementara mesyuarat peringkat menteri dijadualkan berlangsung bermula esok. “Setakat ini saya amat berpuas hati dengan persiapan tempat dan infrastruktur bagi penganjuran sidang kemuncak kali ini,” katanya selepas meninjau persiapan terakhir di KLCC, hari…










