PETALING JAYA: Rundingan tarif perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dimuktamadkan hari ini dijangka dapat mengurangkan ketidaktentuan perniagaan seperti berlaku ketika ini. Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Idham Razak, berkata, jika rundingan itu mencapai keputusan positif, ia akan memberi kesan ketara terhadap ekonomi negara. “Dalam tempoh terdekat, kestabilan akses pasaran ke Amerika Syarikat iaitu pasaran eksport ketiga terbesar Malaysia akan mengurangkan…










