KLANG: Istiadat Persandingan Diraja Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan pasangan baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz berlangsung penuh adat dan tradisi di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, hari ini. Majlis berkenaan diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Pasangan diraja berangkat masuk pada pukul 7.45 malam dengan mengenakan busana kain…