SHAH ALAM: Kerajaan Selangor digesa segera campur tangan dalam menyelesaikan isu pengusiran ternakan lembu di Ladang SD Guthrie, Sabak Bernam yang masih berlarutan sehingga kini. Gesaan itu susulan pelaksanaan operasi penangkapan terbaharu dilakukan pihak berkuasa di kawasan ladang berkenaan, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Penternak Marhaen Nasional, R. Vijayagandi berkata, tindakan itu menjejaskan sekumpulan penternak yang juga pemilik kepada lebih 600 lembu berkenaan. Menurutnya, kesemua penternak kini buntu memikirkan keadaan haiwan…