PETALING JAYA: Tindakan mendakwa dua orang guru sekolah menengah di Pulau Pinang kerana merotan seorang pelajar sehingga cedera tidak bertujuan merendahkan profesion perguruan, sebaliknya bagi memastikan hak dan kebajikan pelajar sentiasa dilindungi. Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu diambil selepas penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan yang mendapati terdapat asas mencukupi bahawa kedua-dua guru berkenaan bertindak melampaui peraturan yang ditetapkan. “Pertuduhan tersebut dikemukakan bukan bertujuan untuk merendahkan martabat…










