KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama beberapa agensi kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Meta Platforms Inc (Meta), Google dan X di Singapura minggu depan bagi membincangkan mekanisme terbaik pelaksanaan electronic Know Your Customer (eKYC) untuk pengguna platform media sosial. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu bertujuan memastikan proses eKYC, yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID, dilaksanakan tanpa risiko ketirisan maklumat dan…










