KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pas yang membawa suara rakyat perlu meningkatkan mutu dan kualiti perbahasan mereka di Dewan Rakyat. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, selain berkualiti, hujah yang dibawa setiap Ahli Parlimen itu juga perlu berfakta bagi memberi keyakinan kepada rakyat. Katanya, kegagalan menyampaikan hujah yang berkesan menyebabkan rakyat tidak nampak sumbangan telah diberikan oleh Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. “Selepas ini, wakil rakyat kita perlu…