Kerajaan kaji Akta Saraan Hakim Syarie

Kerajaan kaji Akta Saraan Hakim Syarie

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji keperluan menggubal Akta Saraan Hakim Syarie bagi memastikan skim saraan yang setara dengan hakim Mahkamah Sivil sekali gus memperkukuh kewibawaan institusi kehakiman syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memartabatkan Mahkamah Syariah melalui pengiktirafan dan tadbir urus yang lebih baik.

Katanya, kerajaan komited memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah selari dengan Perlembagaan Persekutuan menerusi langkah strategik termasuk penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM).

“Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut meneliti undang-undang sedia ada secara berperingkat bagi memperkukuh kerangka perundangan syariah di negara ini.

“Usaha memperluas dan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah sedang dilaksanakan secara berperingkat melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam,” katanya pada  sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik cadangan agar kesedaran mengenai bahaya pengambilan gula turut diterapkan dalam teks khutbah Jumaat sebagai medium dakwah kesihatan.

Isu penjagaan kesihatan tubuh diberikan perhatian dalam teks-teks khutbah sebelum ini kerana kepentingan kesihatan yang baik akan memberi kesan dalam melaksanakan ibadah bagi umat Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN