SEREMBAN: Susulan laporan Utusan Online mengenai sebahagian premis perniagaan MyKiosk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Taman Perdana Senawang di sini dalam keadaan kotor dipenuhi najis burung, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di kawasan itu. Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi kenyataan di Facebook berkata, kerja-kerja penyelenggaraan pokok berhampiran premis MyKiosk itu bagi mengelakkan isu najis burung berulang di kawasan tersebut. “Berkaitan dengan isu…