Mangsa banjir perlu terus utamakan keselamatan diri, keluarga

Mangsa banjir perlu terus utamakan keselamatan diri, keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pasukan penyelamat dan agensi kerajaan kini digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa banjir termasuk di utara tanah air.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas menjadi keutamaan.

“Saya menyeru kepada semua agar terus mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, patuhi arahan pihak berkuasa dan elakkan berada di kawasan berisiko tinggi.

Jika diarahkan berpindah, bertindaklah segera demi keselamatan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid dalam pada itu mendoakan agar semua penduduk di kawasan terjejas dikurniakan kekuatan, ketabahan serta perlindungan daripada Allah SWT dalam menghadapi ujian tersebut.

“Doa saya sentiasa mengiringi semua penduduk yang terlibat. Semoga anda semua dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan daripada Allah SWT dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan agar keadaan banjir segera pulih dan segala urusan penyelamatan serta bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Bersama-sama kita mendoakan semoga keadaan ini segera beransur pulih dan segala urusan penyelamatan serta bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Insya-Allah, doa kami sentiasa bersama anda semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN