GEORGE TOWN: Malaysia komited untuk memastikan bahawa penginapan yang disediakan kepada pekerja adalah selaras dengan standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pendirian tegas kerajaan dalam mengawal selia piawaian minimum pekerja itu diterjemahkan melalui penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Katanya, Akta 446 menjadi instrumen penting bagi memastikan kebajikan dan hak asasi pekerja sentiasa dipelihara, khususnya dalam…










