TANJUNG MALIM: Seorang lelaki berumur 34 tahun hilang semasa melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakannya di Gunung Liang di sini. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, lelaki yang dikenali Mustaqqem Mansoor itu telah memulakan aktiviti mendaki pada Jumaat minggu lalu dari Bukit Fraser Pahang dan akan turun di Gunung Liang di sini. “Kali terakhir mangsa bersama rakannya berada di puncak Gunung…