JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak RM5,000 selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimbah cat berwarna merah di sebuah salun dalam sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu lalu. Tertuduh, Ahmad Abu Bakar, 26 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A. Shaarmini. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membaling beg plastik berisi cat berwarna merah…