Lebih 6,000 mangsa banjir terjejas seluruh negara

Lebih 6,000 mangsa banjir terjejas seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 6,060 orang daripada 1,907 keluarga kini ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri setakat pukul 6.00 petang, hari ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perak masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 2,898 orang daripada 973 keluarga yang telah dipindahkan ke 28 buah PPS.

Empat buah daerah terjejas iaitu Larut, Matang dan Selama (LMS), Manjung, Perak Tengah dan Kerian.

Daerah LMS mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,896 mangsa daripada 645 keluarga yang kini berlindung di 19 PPS.

Sementara itu, Kedah mencatatkan jumlah mangsa seramai 2,092 daripada 642 keluarga yang dipindahkan ke 19 buah PPS.

Enam buah daerah telah terjejas dengan Kulim mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,389 mangsa daripada 408 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

Daerah lain yang terjejas ialah Baling, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.

Bagi Pulau Pinang pula, jumlah mangsa turut mencatatkan peningkatan dengan 1,054 mangsa daripada 289 keluarga yang telah dipindahkan ke tujuh PPS.

Tiga daerah dilaporkan terjejas iaitu Seberang Perai Utara (SPU), dua di Seberang Perai Tengah (SPT), dan satu di Barat Daya di bahagian pulau

SPU mencatatkan jumlah tertinggi dengan empat buah PPS telah dibuka untuk menempatkan seramai 798 mangsa dari 217 keluarga.

Dalam pada itu, satu PPS telah dibuka Sibu, Sarawak yang menempatkan 16 mangsa daripada tiga keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN