Lantikan jawatankuasa harian Badan Perhubungan Pas Perlis dipersoal ? - Utusan Malaysia

Lantikan jawatankuasa harian Badan Perhubungan Pas Perlis dipersoal ?

HUSNA HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Yang Dipertua Pas di tiga kawasan termasuk Dewan Ulama serta Muslimat negeri menafikan terdapat panggilan berhubung mesyuarat bagi pelantikan jawatankuasan harian Badan Perhubungan Pas negeri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Husna Hashim yang menegaskan tiada sebarang panggilan mesyuarat berhubung lantikan itu yang dikatakan pada 7 Oktober lalu.

Kenyataan media senarai ahli jawatankuasa jawatankuasa harian Badan Perhubungan Pas Perlis 2025/2027 itu disiarkan di Facebook Pas Perlis hari ini.

Mengikut senarai berkenaan, Ahmad Ali selaku Pesuruhjaya Pas negeri; Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Mohd. Shukri Ramli merangkap Menteri Besar manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas II dan III masing-masing Yussaine Yahya yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kangar dan Saad Seman juga Yang Dipertua Pas Padang Besar.

Senarai itu juga menyaksikan Senator Baharuddin Ahmad dilantik sebagai Setiausaha, Bendahari, Sarudin Abu Bakar, Ketua Penerangan, Asrul Aimran Abd. Jalil dan Pengarah Pilihan Raya, Solahuddin Azmi.

Seterusnya, Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Ahmad Adnan Fadzil, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun dan Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Husna.

Husna berkata, ketiga-tiga Yang Dipertuan Pas kawasan iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar menafikan bahawa ada mesyuarat perhubungan berhubung lantikan tersebut.

“Tidak ada mesyuarat dibuat, lantikan itu boleh dipersoal kesahihannya. Kami menafikan ada mesyuarat dan keputusan lantikan barisan jawatankuasa harian Badan Perhubungan itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN