MARAN: Ketika penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi masih ditahan di penjara Israel, lagu yang dirakam bersama adiknya pada Julai lalu, Mengukir Takdir, berkumandang di corong radio tanah air yang seolah-olah menggambarkan irama ketabahan mengiringi perjuangannya di bumi Gaza. Heliza bersama adiknya, Hazwani ditahan tentera Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Flotilla Sumud ke Gaza, baru-baru ini. Dua minggu pelayaran penuh risiko itu menyaksikan mereka berdepan detik cemas di tengah…










