Perang Iran: Israel tingkat tekanan ke atas penduduk Gaza

Perang Iran: Israel tingkat tekanan ke atas penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rejim Zionis meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza dengan penutup sepenuhnya pintu sempadan, susulan perang ke atas Iran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel sejak 28 Februari lalu.

Tindakan kejam negara Yahudi itu mengakibatkan rakyat Palestin terutama di Gaza terputus bantuan bekalan makanan dan barangan keperluan lain.

Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhd. Haikal Luqman Zulkefli berkata, tentera Zionis turut melancarkan gerakan ketenteraan di bandar Gaza dan daerah Khan Yunis menyebabkan tiga nyawa terkorban.

Selain itu katanya, tentera Israel turut melakukan siri pencerobohan sejak semalam ke atas beberapa kawasan di sekitar Tebing Barat.

“Mereka (tentera Zionis) kini berada sekitar Jericho, Jenin dan Nablus. Dalam misi pencerobohan dan tindakan ketenteraan tersebut, pihak Zionis telah menahan 10 orang penduduk Gaza termasuk wanita, tanpa sebarang waran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Muhd Haikal, tentera Israel turut bertindak menutup masjid-masjid menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Gaza tidak dapat memasuki rumah ibadah itu sepanjang bulan Ramadan ini.

“Ketika ini, Israel berada di peringkat akhir perampasan wilayah di Tebing Barat,” katanya.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) sebelum ini melaporkan, Israel telah mengeluarkan pengisytiharan tanah di Tebing Barat sebagai harta kerajaan.

Bagaimanapun, ia ditentang oleh kepresidenan Palestin yang menyifatkan langkah tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN