LACF 2025 angkat martabat seni budaya, rancak pelancongan

LACF 2025 angkat martabat seni budaya, rancak pelancongan

RAMLI Ngah Talib hadir merasmikan LACF 2025 di Lebuh Armenian, George Town, Pulau Pinang, kelmarin. – UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Festival Seni Hidup 2025 atau Living Arts Cultural Festival 2025 (LACF 2025) menjadi platform terbaik mengangkat semula martabat seni budaya tradisional yang sema­kin dilupakan.

Ia menerusi pendekatan krea­tif dan moden untuk menarik minat masyarakat ter­utama generasi muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd. Amran Mohd. Haris, berkata, LACF 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama JKKN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Pancha Seniloka Kebangsaan

“LACF 2025 bukan sekadar festival hiburan tetapi wadah diplomasi budaya yang berpotensi merancakkan sektor pelancongan serta memberi impak ekonomi kepada komuniti seni tempatan.

“Ia juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab seni dan kebudayaan serantau,” katanya pada Majlis Pelancaran LACF 2025 yang di­sempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, di Lebuh Armenian kelmarin.

Festival dwitahunan yang berlangsung selama tiga hari itu turut disertai peserta dari beberapa buah negara dengan 27 persembahan budaya dipentaskan sepanjang acara.

LACF 2025 memberi tumpuan kepada tiga teras utama: warisan tidak ketara yang diiktiraf UNESCO, warisan kebangsaan serta kesenian yang memerlukan perhatian dan pemulihan.

Antara pengisian menarik adalah perarakan budaya, persembahan kesenian, pameran dan jualan kraftangan, pertunjukan tanglung, serta sarapan Malaysia yang menampilkan juadah warisan diiktiraf UNESCO.

Mohd. Amran berkata, JKKN kini menekankan pendekatan baharu dengan menjadikan masyarakat bukan sekadar penonton tetapi pewaris dan penggerak seni.

“Kita mahu mendekatkan seni dengan rakyat serta mendidik generasi muda menghargai khazanah budaya bangsa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN