PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik aspek keselamatan di semua institusi pendidikan bawah seliaannya susulan tragedi yang meragut nyawa seorang murid baru-baru ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini merupakan sebahagian daripada usaha melaksanakan reformasi keselamatan dan kesejahteraan sekolah yang lebih menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Katanya, kementerian itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden berkenaan dan komited untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin keselamatan murid…